Wednesday, November 30, 2011

kisah di sebalik kebendaan ada terselit erti kehidupan...

Pensel : Saya minta maaf. 

Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun. 

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil. 

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.

  • Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...
  • Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...

Friday, November 18, 2011

kenangan abah tetap terpahat di dalam sanubari kami semua


abah

kenangan bersamamu tetap terpahat di sanubariku
walaupun ia tidak mungkin kembali
wlaupun ia tiada disisi
namun semangatmu tetap kukuh dalam diriku
abah la pendorong setia, sumber inspirasi
jaoh disudut hati ku merindui
detik-detik indah yang pernah kita sekeluarga lalui.

jasamu tiada tandingan
pengorbananmu tiada sempadan
ketulusanmu tersirat keberkatan
kecekalanmu memberi ku kekuatan
kasih sayangmu tetap segar dalam ingatan
tiada yang dapatku persembahkan hanya kasih sayangku berpanjangan kepada mu...

Ingatan yang tidak berbelah bagi
sekalung doaku panjangkan
segugus AL-FATIHAH ku hadiahkan
semoga abah tenang disana...

Tentang kasih seorang ayah yang selalu sukar kita fahami...


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Saturday, November 12, 2011

kenali perwatakan seseorang

orang yang pendiam, banyak fikirnya....
orang yang peramah, luas silaturahimnya...
orang yang tegas, pantas tindakannya...
orang yang lembut, hati2 tingkahnya....
Disebalik setiap sifat ada kebaikannya...
maka pandanglah kebaikannya dulu bila kita bertembung kelemahannya...
terutama pada pasangan kita...

wish for spm student

Good Luck to all SPM candidates. Jangan Lupe Tidur awal. bangun pagi. bagi minda kita fresh ;) jangan lupe solat and berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar. yang penting JANGAN BANYAK BERCAKAP ! haha and jangan nak ingat balik soalan yang dah buat ye adik-adik ku. :) WISHING YOU GUYS ALL THE BEST. InsyaAllah berjaya dengan izin-NYA.